Segala Koleksi peribadi saya, hobi dan minat saya yang telah saya kumpul dalam hidup untuk dikongsi bersama ! 100% Original ! Enjoys Your Life With Colourful !

Kepada Kaki Games, Segala Video Games yang telah saya habis main akan direview 100% original ! Tiada suntingan . Ceriakan hidup anda dengan permainan video terkini !

Segala Gadgets dan Hardwares akan direview sendiri oleh saya ! Agak terhad sedikit kerana saya kurang berkemampuan untuk beli gadget high tech ni. Get On Your Gears !

Kepada Kaki Music dan movies ! Cetak rompak atau original adalah pilihan saya ! Sebahagian dari hidup saya, Segala Koleksi saya akan dikongsi bersama anda ! Enter The World Of Fantasy !

AizatGameRoom Welcome Back 2011 Video Games Reviews Hardwares and Gadgets Reviews Music And Movies Unlimited

Counter Strike game Online Shooter Paling diminati oleh saya !


Game ni start saya main masa darjah 5 tak silap, Masih ingat lagi beli game ni kat Ampark Park versi cetak rompak . Sebab masa tu belum kenal erti original dan cetak rompak ! haaha. Game ni menjadi terkenal seluruh dunia masa tu Counter strike versi 1.1 tak silap.  Agak seronok dan dengan mudah menjadi ketagih sangat. Saya masih teruskan permainan Komputer Online shooter ni sampai sekarang. 

Banyak variasi dan mod yang dipersembahkan . Tapi biasanya ramai main Team Deathmatch . Saya Juga mempunyai Team Counter Strike Saya sendiri iaitu The City Of Angels . Hari2 berlatih untuk menjadi penembak tepat dan jadi lebih power ! Saya gemar menggunakan senjata Sniper untuk menyerang musuh dari jarak jauh. hehee.

Counter Strike Source tidak sehebat game Call of Duty series tapi game tersebut menjadi Influence kepada Call of Duty Series !


Counter Strike Source dikeluarkan oleh Valve pada tahun 2005

Saya mengumpul 3 Counter Strike packages iaitu Counter Strike Source dan Couter strike Anthology
Counter strike Source dijual pada harga Rm 75 Box Set manakala pembelian dari Online Rm 7.90  ! WOW MURAH GILA !
Kalau nak main Counter Strike Source ni kena ada Application Steam

Rating Counter Strike Source 10/10




Assalammualaikum, Saya Aizat ! Dunia saya dipenuhi dengan alam fantasi yang tidak pernah sesekali wujud di atas muka bumi ini. Saya seorang pengumpul Permainan video, Album Lagu, Kaki Movies, Kaki Wayang, Kaki Games dan juga Kaki Hardware dan gadgets terkini. Saya bukan seorang yang mempunyai banyak duit tapi berhempas pulas mengumpul duit untuk membeli sesuatu benda yang sayang minat !

Saya mula  bermain game pada umur 5 tahun pada masa tu Pakcik saya Jasnizam ada satu permainan konsol yang dipanggil sega genesis . Agak popular ketika itu. Akibat keseronokan bermain, saya mula ketagih sampailah sekarang. Tiada siapa boleh menghalang saya dari terus bermain, bermain , bermain.  Game pertama yang saya main iaitu Sonic The hedgeHog di pelantar konsol Sega Genesis. Bermacam-macam Games yang saya main, macam- macam genre permainan saya main. Saya suka dunia permainan video ni



Bukan sahaja saya meminati Permainan Video, Saya juga cintakan dunia komputer . Banyak hardware komputer yang telah saya ada, dari Komputer lembab ke Komputer yang pantas ! Saya masih ingat komputer pertama yang ayah saya beli iaitu intel pentium MMX 200MHZ , 32 MBRAM . Pada masa tu Harga komputer tersebut Rm 4000 ! Saya masih belum kenal Internet , dan hanya tau main games je kat komputer tu. Akibat berlaku peredaran zaman yang begitu pantas, baru saya tau betapa lembabnya komputer tu. Hampeh.

Pada mulanya, saya seorang pencinta game komputer kerana banyak game title yang bagus cam Duke Nukem , Half Life, Prince Of Persia 3D, memang dulu agak tegar bermain game kat komputer. Ayah saya la selalu pergi beli Cd Game ni, Pelik2 gak game dia beli . Pinjam game kt Pakcik Jasnizam sebab masa tu dia memamg tokan game laa. Selama17 tahun Saya meminati Game Komputer. Tetapi masuk tahun 2009 , game komputer ni da jadi cam teruk sangat, Keluar lambat. Game Ntah hape2 la kuar, dan saya beralih ke permainan video konsol ! YEAH !

Sonic HedgeHog game pertama yang saya main !

Game Favorite Saya sepanjang zaman ! Rockman X



 Nak beli benda macam ni bukannya senang, memang agak mencabar . Kena kumpul duit baru boleh beli ! sebab barang-barang bukannya semua murah . Kena survey betul, cari yang paling murah dan sempurna. Saya berterima kasih kepada Pakcik saya iaitu Jasnizam kerana baik hati memberi saya games dan gadget secara percuma kepada saya ! Jasnizam tu kaki gadgets , tabik spring !

Sony Playstation adalah konsol pertama pemberian Pakcik saya . Agak cool dan ghairah terhadap konsol Sony ni. Ketagihan melanda dan keluarga agak risau sebab maybe kitorang tak belajar or baca buku nanti ! hahaa.. memang pon !

Tapi akhirnya saya tak dapat simpan konsol ni sebab da jual kat member dengan harga rm 150 kot . rasanya la. My favorite games on this console is Metal Gear Solid and Final Fantasy series ! memang gempak la !




Serius , Keluarga saya tak pernah pun belikan Permainan Video Konsol ni sebab tak tau apa sebabnya . So , dengan duit sendiri dan hasil ehsan Pakcik , dapat gak la rasa game konsol ni ! dari game tape, sampai la ke blu ray ! memang syok la !

LIST Console yang pernah saya ada !

 Microsoft Xbox360 ( Masih Ada)







Sega Genesis  ( Hilang kat rumah lama )



  GameBoy Advance ( Masih ada, Screen pecah )






GameBoy Colour ( Dah hilang )
 GameBoy ( Dah hilang )
 Sony Playstation 2 Phat ( Dah Jual kat member )
 Sony Playstation 3 ( Masih ada )
 Sony Playstation 2 Slim ( Dah Jual kat member )
  Sony Playstation ( dah Jual kat member )
  Gametape , lupa brand ape ( Dah meletup , campak gaung )
  GameGear Sega ( Dah hilang )
   Sony PSP ( Dah Hilang )







So, Enjoys gaming,gear, and hardware in your life ! Sure never sadness in your life !


Gaming System kegemaran Saya ! Microsoft Xbox360

Microsoft Xbox360 dikeluarkan pada tahun 2005, Agak lama dah konsol permainan video ni selepas Sony Playstation 2. Saya beli konsol ni pada tahun 2009 disebabkan pada tahun 2005-2008 konsol ini dilanda masalah iaitu 3rod atau dipanggil Ring Of Death " Hardware Failures " Satu konsol yang seronok dan belum pernah bosan lagi sampai sekarang . Saya beli Xbox360 ini dengan harga Rm 1115 Modded set. Boleh main Cetak Rompak ! haha. Masa Beli tu dapat satu Controller je,  satu controller lagi Hasil ehsan dari Pakcik saya iaitu Jasnizam atas pemberian .


Spesifikasi Microsoft Xbox360


Xbox360 ni so far ok lah, I think lagi best dari Sony Playstation 2 and Sony Playstation 3. Ini gambar kali pertama saya test xbox360 pada tahun 2009. Baru beli katakan, terus amik gambar saja wat kenangan ! Setting Xbox360 dulu, Masa beli tu , Takde Hardisk so tak boleh install game kat dalam xbox360 tu.  Game Pirate Xbox360 takde lah mahal sangat around Rm 10 - Rm 8 . hahaa, Tak mampu nak beli game original sangat la.

Akibat kebosanan melanda dalam hidup, Saya telah spray Xbox360 ini menjadi Death Edition. Saja bosan2 so Spray je la. Hahaha, Ramai yang kutuk dan bengang sebab Main Spray je. Heheh, ini Art ye.. Seni tu menarik

XBOXLIVE ONLINE

Microsoft Xbox360 juga support untuk bermain secara Online ! Sebenarnya Xbox360 modded ini bahaya kalo nak main online sebab Cetak Rompak game ini bahaya sikit. So dengan beraninya relax je main online pakai Cetak rompak nya game !

Cara Untuk Online dengan selamat mengelak Xbox360 Ban Hammer
  1. Jangan main game yang belum keluar di pasaran " Cetak rompak ini keluar awal "
  2. Pastikan Firmware terbaru
  3. Jangan mencarut
  4. Jangan Main cheats atau mod merepek
  5. Pastikan Renew Gold Member
Tak bestnya Xbox360 ini nak main Online Kena bayar laaa. Macam topup, kena beli prepaid Card . Mahal gak la. Dalam 3 bulan Rm 70 Selalu beli kat Gamershideout The Curve

Microsoft Points 1600 for Xboxlive MarketPlace

Nak beli baju Avatar, New Maps, lagu ke kena guna Microsoft Points .. Perh..
3 Month Xboxlive Gold Members For Online Play





 
Copyright 2010 AizatGameRoom 1989