Segala Koleksi peribadi saya, hobi dan minat saya yang telah saya kumpul dalam hidup untuk dikongsi bersama ! 100% Original ! Enjoys Your Life With Colourful !

Kepada Kaki Games, Segala Video Games yang telah saya habis main akan direview 100% original ! Tiada suntingan . Ceriakan hidup anda dengan permainan video terkini !

Segala Gadgets dan Hardwares akan direview sendiri oleh saya ! Agak terhad sedikit kerana saya kurang berkemampuan untuk beli gadget high tech ni. Get On Your Gears !

Kepada Kaki Music dan movies ! Cetak rompak atau original adalah pilihan saya ! Sebahagian dari hidup saya, Segala Koleksi saya akan dikongsi bersama anda ! Enter The World Of Fantasy !

AizatGameRoom Welcome Back 2011 Video Games Reviews Hardwares and Gadgets Reviews Music And Movies Unlimited

About Me




Assalammualaikum, Saya Aizat ! Dunia saya dipenuhi dengan alam fantasi yang tidak pernah sesekali wujud di atas muka bumi ini. Saya seorang pengumpul Permainan video, Album Lagu, Kaki Movies, Kaki Wayang, Kaki Games dan juga Kaki Hardware dan gadgets terkini. Saya bukan seorang yang mempunyai banyak duit tapi berhempas pulas mengumpul duit untuk membeli sesuatu benda yang sayang minat !

Saya mula  bermain game pada umur 5 tahun pada masa tu Pakcik saya Jasnizam ada satu permainan konsol yang dipanggil sega genesis . Agak popular ketika itu. Akibat keseronokan bermain, saya mula ketagih sampailah sekarang. Tiada siapa boleh menghalang saya dari terus bermain, bermain , bermain.  Game pertama yang saya main iaitu Sonic The hedgeHog di pelantar konsol Sega Genesis. Bermacam-macam Games yang saya main, macam- macam genre permainan saya main. Saya suka dunia permainan video ni



Bukan sahaja saya meminati Permainan Video, Saya juga cintakan dunia komputer . Banyak hardware komputer yang telah saya ada, dari Komputer lembab ke Komputer yang pantas ! Saya masih ingat komputer pertama yang ayah saya beli iaitu intel pentium MMX 200MHZ , 32 MBRAM . Pada masa tu Harga komputer tersebut Rm 4000 ! Saya masih belum kenal Internet , dan hanya tau main games je kat komputer tu. Akibat berlaku peredaran zaman yang begitu pantas, baru saya tau betapa lembabnya komputer tu. Hampeh.

Pada mulanya, saya seorang pencinta game komputer kerana banyak game title yang bagus cam Duke Nukem , Half Life, Prince Of Persia 3D, memang dulu agak tegar bermain game kat komputer. Ayah saya la selalu pergi beli Cd Game ni, Pelik2 gak game dia beli . Pinjam game kt Pakcik Jasnizam sebab masa tu dia memamg tokan game laa. Selama17 tahun Saya meminati Game Komputer. Tetapi masuk tahun 2009 , game komputer ni da jadi cam teruk sangat, Keluar lambat. Game Ntah hape2 la kuar, dan saya beralih ke permainan video konsol ! YEAH !

Sonic HedgeHog game pertama yang saya main !

Game Favorite Saya sepanjang zaman ! Rockman X



 Nak beli benda macam ni bukannya senang, memang agak mencabar . Kena kumpul duit baru boleh beli ! sebab barang-barang bukannya semua murah . Kena survey betul, cari yang paling murah dan sempurna. Saya berterima kasih kepada Pakcik saya iaitu Jasnizam kerana baik hati memberi saya games dan gadget secara percuma kepada saya ! Jasnizam tu kaki gadgets , tabik spring !

Sony Playstation adalah konsol pertama pemberian Pakcik saya . Agak cool dan ghairah terhadap konsol Sony ni. Ketagihan melanda dan keluarga agak risau sebab maybe kitorang tak belajar or baca buku nanti ! hahaa.. memang pon !

Tapi akhirnya saya tak dapat simpan konsol ni sebab da jual kat member dengan harga rm 150 kot . rasanya la. My favorite games on this console is Metal Gear Solid and Final Fantasy series ! memang gempak la !




Serius , Keluarga saya tak pernah pun belikan Permainan Video Konsol ni sebab tak tau apa sebabnya . So , dengan duit sendiri dan hasil ehsan Pakcik , dapat gak la rasa game konsol ni ! dari game tape, sampai la ke blu ray ! memang syok la !

LIST Console yang pernah saya ada !

 Microsoft Xbox360 ( Masih Ada)







Sega Genesis  ( Hilang kat rumah lama )



  GameBoy Advance ( Masih ada, Screen pecah )






GameBoy Colour ( Dah hilang )
 GameBoy ( Dah hilang )
 Sony Playstation 2 Phat ( Dah Jual kat member )
 Sony Playstation 3 ( Masih ada )
 Sony Playstation 2 Slim ( Dah Jual kat member )
  Sony Playstation ( dah Jual kat member )
  Gametape , lupa brand ape ( Dah meletup , campak gaung )
  GameGear Sega ( Dah hilang )
   Sony PSP ( Dah Hilang )







So, Enjoys gaming,gear, and hardware in your life ! Sure never sadness in your life !

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 AizatGameRoom 1989